lama dah tak menulis, kali ni nak tulis pasal skim ponzi. atau pun di kenali sebagai skim cepat kaya atau bahasa mudahnya ROLLING MONEY~
"eh tetiba je nak tulis pasal skim ponzi ni pasai apa?"
sebab nye skang ni ramai dah yang terkene skim ni huhuhu... terutamanya di facebook. kerana sifat tamak haloba nak jadi kaya dengan cepat orang lain sanggup keluarkan duit beribu-ribu ringgit untuk joint skim ni, ade yang sampai ratusan ribu ringgit! so skang ni aku nak bagi korang "clue" atau macam mana nak tau ciri-ciri skim ponzi ni supaya korang tak terjebak.
ciri-ciri skim ponzi
ok fistly aku nak korang tau yang skim ponzi ni akan menawarkan pulangan pelaburan yang besar pada jangka masa tentu pada pelabur. ok contohnya korang labur RM 200 dalam masa 2 minggu korang dapat RM 600 tanpa korang buat apa-apa. ini menawarkan pulangan tetap, mana boleh... kalau yang mata duitan tu memang akan cepat-cepat la melabur ye tak? sebabnya bende ni boleh buat korang kaya dengan cepat. tak payah kerja duduk rumah duit masuk...
dan skim ini akan namakan setiap tawaran mereka dengan nama plan. contohnya plan bodoh, plan tamak, plan haloba, plan kencing dan sebagainya... kalau ade nama plan-plan tu la skim ponzi..
dan lagi satu, slalu nya yang tawarkan skim ni akan menggunakan sentiment agama untuk menarik pelabur contohnya
"Alhamdulillah po dan bayar kat player-player blah blah blah..."
" reseki Allah bagi tu sedekah sikit blah blah blah..."
" InsyaAllah ade plan yang lebih untung lepas ni blah blah blah....."
"semoga Allah panjangkan umur blah blah blah..."
kihkihkih
aku bagi korang sikit gambar yang ade kat facebook ye supaya korang nampak skim ini di promosikan. gambar-gambar yang aku bg ni adalah gambar sebenar dari group skim ponzi aka rolling money yang dah tipu duit orang berjuta-juta ringgit... wakaka...
slalunya orang yang fist skali yang joint tu yang untung, dah dapat dah diorang punya pulangan. kesian pada yang baru nak joint pastu kene kencing... diorang ni dok rolling-roling duit korang je pun... hahaha... slalunya group-group rolling money ni tak bertahan lama. adalah dalam beberapa bulan. diorang akan bina "nama" diorang dulu dan lepas brape bulan dah ramai yang joint diorg akan cabut dengan duit pelabur... dan group itu akan ditutup atau pun dibiarkan terkontang kanting.. kihkihkhi bila orang yang fist joint tadi dapat pulangan mereka akan hebahkan pada orang lain.
"weh aku ada tempat nak laburkan duit, kau bagi RM 500 hujung bulan dapat RM2000. kau nak joint?"
begitu la seterusnya... bila dah ramai yang tau pasal group ni maka ramai la yang dok melabur dengan banyak nya. di sebabkan sikap tamak orang-orang melayu maka senang la di tipu oleh biawak-biawak penipu.
korang takkan dibenar kan bersuara kat dalam group tu, kalau korang bersuara korang akan dikick dari group. haha... gila kuku besi betul... dan apa yang best nya takde sorang pun yang pernah jumpa face to face dengan si pemilik group atau pun owner yang tawarkan skim ponzi ni... kalau korang tanya sapa pernah jumpa ngan owner dengan secara outomatik nya akan di ban/kick oleh admin group... kadang-kadang admin tu la scammer... dan admin tak semestinya pencetus skim tu... susah la nak terangkan... its to complicated la... hahaha
hukum skim ponzi
skang ni aku nak cerita pasal hukum pulak.. terus terang aku nak cakap bende ni haram,,, ada yang dah tau terang-terang haram tapi masih lagi joint. sebab apa? sebab bila ada duit depan mata maka hilang terus ilmu agama. skim ponzi ni menawarkan pulangan tetap, sapa yang blaja agama tinggi sikit tau la pasal pulang- pulangan ni. walaupun mereka cakap pulangan tu dari real bisnes tapi pulangan tetap atau menjamin keuntungan memang tak boleh... kalau korang mata duitan, korang akan ckp boleh... ahhaha...
untuk maklumat lanjut korang boleh klik sini
sejarah skim ponzi / ponzi scheme/ rolling money
untuk sejarang skim ponzi korang boleh klik sini. aku malas nak tulis panjang-panjang. kalau setakat copy paste tu takkan bagi aku kepuasan... wakaka
sampai sini je la aku nak membebel. yang aku cerita tu semua adalah dari pengalaman aku sendiri. bila korang jumpa je apa yang aku tulis tu baik korang hati-hati. jangan sesekali joint. kalau korang dapat pulangan takkan nak bagi mak bapak anak bini korang makan duit haram kan?
rezeki tu ade dimana-mana, cuma kene cari dan usaha je..
jangan lupa tinggalkan jejak.
Assalamualaikum :)