ping busuk

iklan

Thursday, January 29, 2015

laptop overheating, sakit hati kita!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

sejak dua menjak ni lappy aku asyik over heating je, kejap kejap tutup. tgh buat kerja tetiba tertutup... sakit hati kita... kalau asyik overheating ni boleh menyebabkan motherboard rosak. harga motherboard dah la mahal! aku dah kene dah tahun lepas nasib baik ade warranty. lepas setahun overheating balik.

gua bengang gila sampai gua sumbat lappy gua dalam peti ais!


aku dah tak tahan la asyik over heating je... sebelum motherboard aku rosak lagi baik aku buat ape-ape yang patut. nak hantar sevis duit takde, PTPTN dan habis pakai so aku operate sendiri lappy aku ni.
aku sebagai lelaki kene berani! hehehe...





aku kene cari punca sebab apa lappy aku panas gila, sebab nya fan dalam lappy tu tak dapat nak kluarkan haba dengan baik. ade sampah rupanya dalam fan aku. habuk tebal kene bersihkan, gila punya tebal la. aku guna lidi untuk cungkil habuk-habuk yang terselit kat situ...dah bersihkan kene la pasang balik tak gitu? nasib baik la aku ni pandai pasang balik... kehkehkeh... kalau tak satu hal nak kene hantar kedai...

Alhamdulillah dah brape hari dah lepas operate laptop aku dah okeh dah, takde overheating lagi... orang kata laptop Acer ni memang banyak problem. aku dah pakai 6 tahun dah lappy ni. maybe kalau lappy aku buat hal lagi aku kene beli yang baru... urmmm....

so kalau korang ade masalah yang sama jangan tunggu lama-lama nanti motherboard korang rosak baru berakal. g hantar kedai kasi servis itu fan... kalau nak jimat atau korang ni memang kedekut boleh la servis sendiri, pasti kan reti bukak reti pasang balik dan lappy korang boleh hidup balik okeh... jangan jadi seperti tikus membaiki labu lak... kehkehkeh...

jangan lupa tinggalkan jejak korang ea... tq
Assalamualaikum...

Tuesday, January 27, 2015

undang-undang gila, rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?

undang-undang gila, rotan ank bakal jadi kesalahan jenayah?

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

kelmarin lepak kat facebook aku ade perasan satu artikel viral yang melanda iaitu mengenai "rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah" yang di petik daripada utusan.com.my dan juga surat khabar berita harian keluaran 25/01/2015.




aku terfikir sapa la yang punya idea ni? menteri ke? gila betul la....

budak- budak zaman sekarang memang tak boleh kene sentuh ke?
awat manjakan sangat?

kalau zaman aku kanak-kanak rotan tu jadi makanan je setiap hari. ape ada hal, dah nakal kene rotan la. takkan la buat nakal buat salah nak dimanjakan lagi tak gitu? kalau taknak kene rotan duduk rumah diam-diam kepit bawah ketiak mak je la. dah namapun budak-budak mesti la nak enjoy, buat salah janji enjoy sudah. macam la korang tak pernah rasa zaman kanak-kanak dulu.

budak-budak zaman sekarang manja sangat, kene rotan kat sekolah langsung mak bapak datang. suruh bagi penjelasan la, saman la, ntah pape la mak bapak la ni. kalau dulu aku cakap kat mak aku aku kene rotan kat sekolah, mak aku tambah lagi.. lagi banyak. hahaha...


aku berharap apa-apa peraturan atau undang-undang baru atau lama dapat mendidik atau membina anak-anak zaman sekarang ni dan dapat memberi impak yang positif kepada mereka pada masa akan datang. melentur buluh biarlah dari rebungnya itu lah yang dapat digambarkan.

dah aku dah penat membebel. korang jangan lupa tinggalkan jejak korang ye.
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment facebook