ping busuk

iklan

Monday, February 2, 2015

apa itu skim ponzi? anda perlu tahu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

lama dah tak menulis, kali ni nak tulis pasal skim ponzi. atau pun di kenali sebagai skim cepat kaya atau bahasa mudahnya ROLLING MONEY~

"eh tetiba je nak tulis pasal skim ponzi ni pasai apa?"

sebab nye skang ni ramai dah yang terkene skim ni huhuhu... terutamanya di facebook. kerana sifat tamak haloba nak jadi kaya dengan cepat orang lain sanggup keluarkan duit beribu-ribu ringgit untuk joint skim ni, ade yang sampai ratusan ribu ringgit! so skang ni aku nak bagi korang "clue" atau macam mana nak tau ciri-ciri skim ponzi ni supaya korang tak terjebak.


ciri-ciri skim ponzi
ok fistly aku nak korang tau yang skim ponzi ni akan menawarkan pulangan pelaburan yang besar pada jangka masa tentu pada pelabur. ok contohnya korang labur RM 200 dalam masa 2 minggu korang dapat RM 600 tanpa korang buat apa-apa. ini menawarkan pulangan tetap, mana boleh... kalau yang mata duitan tu memang akan cepat-cepat la melabur ye tak? sebabnya bende ni boleh buat korang kaya dengan cepat. tak payah kerja duduk rumah duit masuk...

dan skim ini akan namakan setiap tawaran mereka dengan nama plan. contohnya plan bodoh, plan tamak, plan haloba, plan kencing dan sebagainya... kalau ade nama plan-plan tu la skim ponzi..

dan lagi satu, slalu nya yang tawarkan skim ni akan menggunakan sentiment agama untuk menarik pelabur contohnya 
"Alhamdulillah po dan bayar kat player-player blah blah blah..."
" reseki Allah bagi tu sedekah sikit blah blah blah..."
" InsyaAllah ade plan yang lebih untung lepas ni blah blah blah....."
"semoga Allah panjangkan umur blah blah blah..."

kihkihkih

aku bagi korang sikit gambar yang ade kat facebook ye supaya korang nampak skim ini di promosikan. gambar-gambar yang aku bg ni adalah gambar sebenar dari group skim ponzi aka rolling money yang dah tipu duit orang berjuta-juta ringgit... wakaka...



slalunya orang yang fist skali yang joint tu yang untung, dah dapat dah diorang punya pulangan. kesian pada yang baru nak joint pastu kene kencing... diorang ni dok rolling-roling duit korang je pun...  hahaha... slalunya group-group rolling money ni tak bertahan lama. adalah dalam beberapa bulan. diorang akan bina "nama" diorang dulu dan lepas brape bulan dah ramai yang joint diorg akan cabut dengan duit pelabur... dan group itu akan ditutup atau pun dibiarkan terkontang kanting.. kihkihkhi bila orang yang fist joint tadi dapat pulangan mereka akan hebahkan pada orang lain.

"weh aku ada tempat nak laburkan duit, kau bagi RM 500 hujung bulan dapat RM2000. kau nak joint?"

begitu la seterusnya... bila dah ramai yang tau pasal group ni maka ramai la yang dok melabur dengan banyak nya. di sebabkan sikap tamak orang-orang melayu maka senang la di tipu oleh biawak-biawak penipu. 

korang takkan dibenar kan bersuara kat dalam group tu, kalau korang bersuara korang akan dikick dari group. haha... gila kuku besi betul... dan apa yang best nya takde sorang pun yang pernah jumpa face to face dengan si pemilik group atau pun owner yang tawarkan skim ponzi ni... kalau korang tanya sapa pernah jumpa ngan owner dengan secara outomatik nya akan di ban/kick oleh admin group... kadang-kadang admin tu la scammer... dan admin tak semestinya pencetus skim tu... susah la nak terangkan... its to complicated la... hahaha



hukum skim ponzi
skang ni aku nak cerita pasal hukum pulak.. terus terang aku nak cakap bende ni haram,,, ada yang dah tau terang-terang haram tapi masih lagi joint. sebab apa? sebab bila ada duit depan mata maka hilang terus ilmu agama. skim ponzi ni menawarkan pulangan tetap, sapa yang blaja agama tinggi sikit tau la pasal pulang- pulangan ni. walaupun mereka cakap pulangan tu dari real bisnes tapi pulangan tetap atau menjamin keuntungan memang tak boleh... kalau korang mata duitan, korang akan ckp boleh... ahhaha...
untuk maklumat lanjut korang boleh klik sini

sejarah skim ponzi / ponzi scheme/ rolling money
untuk sejarang skim ponzi korang boleh klik sini. aku malas nak tulis panjang-panjang. kalau setakat copy paste tu takkan bagi aku kepuasan... wakaka

sampai sini je la aku nak membebel. yang aku cerita tu semua adalah dari pengalaman aku sendiri. bila korang jumpa je apa yang aku tulis tu baik korang hati-hati. jangan sesekali joint. kalau korang dapat pulangan takkan nak bagi mak bapak anak bini korang makan duit haram kan? 

rezeki tu ade dimana-mana, cuma kene cari dan usaha je.. 

jangan lupa tinggalkan jejak. 
Assalamualaikum :)

Thursday, January 29, 2015

laptop overheating, sakit hati kita!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

sejak dua menjak ni lappy aku asyik over heating je, kejap kejap tutup. tgh buat kerja tetiba tertutup... sakit hati kita... kalau asyik overheating ni boleh menyebabkan motherboard rosak. harga motherboard dah la mahal! aku dah kene dah tahun lepas nasib baik ade warranty. lepas setahun overheating balik.

gua bengang gila sampai gua sumbat lappy gua dalam peti ais!


aku dah tak tahan la asyik over heating je... sebelum motherboard aku rosak lagi baik aku buat ape-ape yang patut. nak hantar sevis duit takde, PTPTN dan habis pakai so aku operate sendiri lappy aku ni.
aku sebagai lelaki kene berani! hehehe...





aku kene cari punca sebab apa lappy aku panas gila, sebab nya fan dalam lappy tu tak dapat nak kluarkan haba dengan baik. ade sampah rupanya dalam fan aku. habuk tebal kene bersihkan, gila punya tebal la. aku guna lidi untuk cungkil habuk-habuk yang terselit kat situ...dah bersihkan kene la pasang balik tak gitu? nasib baik la aku ni pandai pasang balik... kehkehkeh... kalau tak satu hal nak kene hantar kedai...

Alhamdulillah dah brape hari dah lepas operate laptop aku dah okeh dah, takde overheating lagi... orang kata laptop Acer ni memang banyak problem. aku dah pakai 6 tahun dah lappy ni. maybe kalau lappy aku buat hal lagi aku kene beli yang baru... urmmm....

so kalau korang ade masalah yang sama jangan tunggu lama-lama nanti motherboard korang rosak baru berakal. g hantar kedai kasi servis itu fan... kalau nak jimat atau korang ni memang kedekut boleh la servis sendiri, pasti kan reti bukak reti pasang balik dan lappy korang boleh hidup balik okeh... jangan jadi seperti tikus membaiki labu lak... kehkehkeh...

jangan lupa tinggalkan jejak korang ea... tq
Assalamualaikum...

Tuesday, January 27, 2015

undang-undang gila, rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?

undang-undang gila, rotan ank bakal jadi kesalahan jenayah?

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

kelmarin lepak kat facebook aku ade perasan satu artikel viral yang melanda iaitu mengenai "rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah" yang di petik daripada utusan.com.my dan juga surat khabar berita harian keluaran 25/01/2015.




aku terfikir sapa la yang punya idea ni? menteri ke? gila betul la....

budak- budak zaman sekarang memang tak boleh kene sentuh ke?
awat manjakan sangat?

kalau zaman aku kanak-kanak rotan tu jadi makanan je setiap hari. ape ada hal, dah nakal kene rotan la. takkan la buat nakal buat salah nak dimanjakan lagi tak gitu? kalau taknak kene rotan duduk rumah diam-diam kepit bawah ketiak mak je la. dah namapun budak-budak mesti la nak enjoy, buat salah janji enjoy sudah. macam la korang tak pernah rasa zaman kanak-kanak dulu.

budak-budak zaman sekarang manja sangat, kene rotan kat sekolah langsung mak bapak datang. suruh bagi penjelasan la, saman la, ntah pape la mak bapak la ni. kalau dulu aku cakap kat mak aku aku kene rotan kat sekolah, mak aku tambah lagi.. lagi banyak. hahaha...


aku berharap apa-apa peraturan atau undang-undang baru atau lama dapat mendidik atau membina anak-anak zaman sekarang ni dan dapat memberi impak yang positif kepada mereka pada masa akan datang. melentur buluh biarlah dari rebungnya itu lah yang dapat digambarkan.

dah aku dah penat membebel. korang jangan lupa tinggalkan jejak korang ye.
Assalamualaikum.

Monday, January 26, 2015

ayam percik hutan percha melaka

assalamualaikum dan selamat sejahtera

semalam hari minggu dan aktiviti aku smalam adalah pergi makan ayam percik kat hutan percha. bukan tu je aktiviti aku smalam ade banyak lagi la takkan nak cite semua lak kan? kalau korang nak carik ayam percik yang awesome kat melaka, ada satu tempat. kat hutan percha alor gajah melaka.

orang kata kalau tempat makan tu ada ramai orang cina makna nya makanan kat situ sedap!

weh memang sedappun dan orang cina pun ramai makan kat situ. aku lenjan sampai 6 ketul ayam ape cerita. bukan aku sorang je mencekik bebanyak, kawan aku yang kurus keding pun pelahap makan banyak. okeh skang ni aku nak bagi tau harga, masa berniaga, lokasi dan nombor telefon owner. tapi sebelum tu layan dulu gambar-gambar yang aku sempat rakam... hehehe






lokasi
felda tun ghafar hutan percha, alor gajah melaka. kalau korang lalu kat hutan percha korang akan perasan pintu gerbang ni, kedai ayam percik tu ada kat dalam tempat ni la pandai-pandai korang carik. bukan kedai tau tapi rumah. kalau nak lagi senang korang google je "ayam percik hutan percha", ada kluar kat maps.




harga, masa berniaga dan contact number
harga ayam percik pak hassan ni RM2.50 je seketul. air pulak layan diri,  harga 80 sen tupun air sirap je yang ada kalau nak buat sirap limau perah sendiri limau. masa berniaga pulak hanya hari jumaat dan ahad. pukul 2 petang sampai stok ayam habis. kalau nak pergi tu baik telefon pakcik hassan dulu tanya bukak ke tak. kalau tak bukak sia-sia je korang datang, buat habis minyak je. nak nombor rujuk gambar kat bawah okeh.



so sampai sini je la entri aku. kalau korang g melaka jangan lupa singgah kat ayam percik hutan percha aka ayam percik pak hassan. so gua pun dah penat menaip jangan lupa tinggalkan jejak korang ye.

Assalamualaikum

Saturday, January 24, 2015

kenapa pointer jatuh?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

aku masih ingat masa sem 2 pointer aku jatuh bedebuk.. gagal weh CGPA tak lepas 2 pointer... so aku bagi mak aku tengok result aku yang hancus tu maka terjadi la dialog antara aku dan mak aku...

mak: kenapa pointer jatuh ni??
aku: tarikkan graviti mak.
mak: tampar*
aku: kenapa mak tampar orang?
mak: tarikkan MAGNET sayang....

hahaha... ini cerita rekaan je. korang jangan nak lurus sangat okeh, tiang elektrik pun bengkok tau tak...
kalau nak banyak lagi cerita yang lawak-lawak boleh usyah blog ni (klik sini)

okeh jumpa lagi...jangan lupa tinggalkan jejak anda... bubye:P

Thursday, January 22, 2015

tutorial: cara pasang radio diblog


Assalamualaikum

entri kali ni aku nak ajar cara pasang radio diblog, sebab ape kene pasang radio kat blog? sebab nanti bosan la wehhh kalau takde radio... sunyi je... bukannya ko baca novel nak kene sunyi sepi tak gitu??

krikk krikkk...



radio yang nak dipasang adalah radio dari stesyen HOT FM. kalau nak siaran radio dari stesyen lain sorry aku tak reti la...

 "kenapa kau tak pasang je MP3 min?"

kalau aku pasang MP3 dia akan main lagu yang same je tiap hari. hari ni ko bukak blog aku lagu sama, besok ko bukan balik lagu sama. boringggg... lain la macam radio, diorang update lagu tiap-tiap hari. takde la kau jemu nanti... lagi pun radio ade iklan. aku nak dengar iklan Qu Puteh.

Qu puteh
Qu Puteh
baru la putihhh....

kulit putih tapi badan macam peti ais buat ape?? (tak sedar diri)
kahkahkahkahkah!!

ok berbalik pada title, korang je follaw step yang aku bagi ni.

step 1:
pergi kat layout > add a gadget > HTML/javascript

step 2:
copy code kat bawah ni pastu paste kat HTML/javascript

<div style="color: rgb(51, 51, 51); font-family: arial; font-size: 14px; line-height: 22px; background-color: false; text-align: center; "><b>
</b></div><center style="color: rgb(51, 51, 51); font-family: arial; font-size: 14px; line-height: 22px; background-color: false; "><iframe src="http://ap-player.streamtheworld.com/liveplayer.php?CALLSIGN=HOTFM" scrolling="no" frameborder="0" style="width: 260px; height: 260px; "></iframe></center><br class="Apple-interchange-newline" /><center>Powered By <a href="http://nuraminothman.blogspot.com/" target="_blank" title="tutorial here">tutorial</a></center>

step 3:
save dan layan blog korang sambil dengar lagu... hehehe...

okeh sampai sini je la. aku dah penat menaip. kita jumpa kat entri akan datang.
jangan lupa tinggalkan jejak korang ye...
mekasih!
:)

Wednesday, January 21, 2015

dah lama tak ber-blog

Assalamualaikum

ini blog personal aku, so aku nak post ape yang patut dan ape yang penting ape yang aku post ko jangan panas lak... keh keh keh... aku ni dah lama tak ber-blog lagi pun aku dah main blog dari sejak 2011. ade gak blog lama aku tapi blog  merepek la..



aku buat blog ni pun sebab encik shahrul punya projek, so aku tak tau nak buat blog ape. takkan aku nak submit blog aku yang ntah ape-ape ntah tu. so aku buat la blog ni. okeh ape? kalau tak okeh, okeh kan jugak.

hahaha

meh lawat blog aku yang merepek ntah pape kat sini. tu blog aku buat untuk kumpul sumber-sumber lawak je pun. dan 2 tahun baru aku nak update blog tu. tak caya? tgk la update paling baru bila... tahun 2011 dan 2012 ade update, tahun 2013 dan 2014 takde, tetiba 2015 ade update lak...  keh keh keh... aku lupa email ngan passwood sebernarnya... dok try and error boleh lak login... :D

aku ade gak blog lain tapi aku tak tau la ape email aku so tak boleh nak update/bukak (email aku ade banyak) klik sini dan sini... kalau ade sesiapa yang tau macam mana nak cek email mai bg tau kat ceq... hehehe...

bila aku start main blog balik aku baru prasan yang code HTML dah lain...
lain sangat...
contoh aku nak cari code ni <div class='post-header-line-1'/> tapi dah tak jumpa dah... sebab ape aku cari code tu? pasal aku nak letakkan code facebook button share kat setiap entri aku... so bila orang baca entri aku tu, diorang minat diorang akan share kat facebook diorang...  maybe ade altenatif lain la kot. kalau ade code lain aku akan share kat entri lain ye... hehehe...



untuk blog ni aku akan susun cantik-cantik contoh nya aku akan bubuh tag, pages, shout box, iklan dan lain-lain... aku taknak letak salji-salji, sarat kau tau tak... aku laki bukannya perempuan nak sarat-sarat ni.... janji orang dok lawat blog aku ni tak pening pale... simple but nice... wakakaka...

so sampai sini je la entri aku ni. nak buat ape tulis panjang-panjang. aku masa exam BM pun takde nak tulis panjang-panjang.
dah pukul 6.20 pagi so aku nak g solat subuh... dah la subuh slalu ke laut... kelas pulak pukul 8... toinggg...
kita sambung entri yang lain okeh...

eh jappp...
jangan lupa tinggalkan jejak korang kat shout box ye. tq :)

wassalam... :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment facebook