ping busuk

iklan

Monday, January 26, 2015

ayam percik hutan percha melaka

assalamualaikum dan selamat sejahtera

semalam hari minggu dan aktiviti aku smalam adalah pergi makan ayam percik kat hutan percha. bukan tu je aktiviti aku smalam ade banyak lagi la takkan nak cite semua lak kan? kalau korang nak carik ayam percik yang awesome kat melaka, ada satu tempat. kat hutan percha alor gajah melaka.

orang kata kalau tempat makan tu ada ramai orang cina makna nya makanan kat situ sedap!

weh memang sedappun dan orang cina pun ramai makan kat situ. aku lenjan sampai 6 ketul ayam ape cerita. bukan aku sorang je mencekik bebanyak, kawan aku yang kurus keding pun pelahap makan banyak. okeh skang ni aku nak bagi tau harga, masa berniaga, lokasi dan nombor telefon owner. tapi sebelum tu layan dulu gambar-gambar yang aku sempat rakam... hehehe






lokasi
felda tun ghafar hutan percha, alor gajah melaka. kalau korang lalu kat hutan percha korang akan perasan pintu gerbang ni, kedai ayam percik tu ada kat dalam tempat ni la pandai-pandai korang carik. bukan kedai tau tapi rumah. kalau nak lagi senang korang google je "ayam percik hutan percha", ada kluar kat maps.




harga, masa berniaga dan contact number
harga ayam percik pak hassan ni RM2.50 je seketul. air pulak layan diri,  harga 80 sen tupun air sirap je yang ada kalau nak buat sirap limau perah sendiri limau. masa berniaga pulak hanya hari jumaat dan ahad. pukul 2 petang sampai stok ayam habis. kalau nak pergi tu baik telefon pakcik hassan dulu tanya bukak ke tak. kalau tak bukak sia-sia je korang datang, buat habis minyak je. nak nombor rujuk gambar kat bawah okeh.



so sampai sini je la entri aku. kalau korang g melaka jangan lupa singgah kat ayam percik hutan percha aka ayam percik pak hassan. so gua pun dah penat menaip jangan lupa tinggalkan jejak korang ye.

Assalamualaikum

4 comments:

  1. mmg sedap, sejak aku kecik lagi aku dah meminati ayam percik pak hassan. aku rasa dia dah mula berniaga ayam percik dari tahun 80-an (maybe tahun 1985). so dah hampir 20 tahun.. aku ingat lg balik sekolah agama terus beli.. masa tu seketul cuma rm1.20.. terbaekk..

    ReplyDelete
  2. kt kmpg saya tu..ayam percik tu mmg terbaikk..tongkeng,pedal n hati ayam mmg cepat habis..kuah dia yg buat tambah selera..dari zaman sekolah rendah mmg fevret saya ayam percik tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment facebook